Sunday, July 3, 2011

STARWAY TO HEAVEN





Sabda nabi Muhammad saw: " siapa yang meyusuri sebatang jalan mencari ilmu, ALLAH akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga". Al-hadith.

Pendidik dan pelajar juga belajar. pendidik belajar cara terbaik untuk memahamkan pelajarnya akan subjek yg diajar. Mereka belajar melalui pengalaman dan teori.

Pelajar pula akan mempelajari teori dan praktikkan ketika mereka mahu, exam dan bekerja.

ILMU AGAMA ATAU ILMU DUNIA?

Sudah tentu keduanya sekali yg dimaksudkan di dalam hadith di atas. Ilmu tentang islam wajib diketahui semua org islam. Ilmu dunia seperti kejuteraan, kedoktoran dan lain-lain yang memberi faedah kepada manusia.

ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT?

Terdapat doa Rasulullah saw berbunyi: " Ya Allah, aku mohon perlindungan-Mu daripada Ilmu yang tidak bermanfaat". Al-hadith.

Itulah ilmu yang mengakibatkan kebinasaan terhadap orang yang mempelajarinya. Sudah pasti tak beri faedah kpd org ramai seperti belajar mencuri, menyihir,bermain judi, merempit,cuba merokok,membuat dadah dan lain-lain.


YANG PENTING IKHLAS,BERMINAT DAN USAHA

3 perkara ini amat penting bagi pendidik dan pelajar. Tanpa 3 ini, seorang tu tak akan menjadi pendidik yang cemerlang dan pelajar yang berjaya.

Apabila saya mengatakan Bahasa Arab itu mudah, seorang pelajar memberi reaksi seolah-olah tidak setuju. lantas saya ice breaking: "Ramai orang Malaysia dapat bercakap Bahasa Inggeris tanpa perlu pergi ke Britain dan Amerika. jarang sekali kita mendengar orang pergi ke sana semata-mata nak belajar B.I. kebanyakan pergi ke sana untuk belajar medic, kejuteraan,IT dll.

Itulah mindset yang perlu diubah di dalam fikiran pelajar terhadap Bahasa Arab. Bahasa pada hakikatnya kemahiran, memerlukan latihan berterusan untuk menguasai sesuatu bahasa.

Tiada jalan mudah untuk menjadi orang yang berjaya. itulah corak dugaan menuntut ilmu.....

















1 comment:

  1. lama jugk la saya xtgk blog awk nie,,ade jugk perubahanya...

    ReplyDelete