Tuesday, July 24, 2012

RAMADHAN KAREEM

Ramadhan Kareem & Allahu Akram buat semua.
    Kini sudah hari ke-4 kita di dalam musim Ramadhan, masa berhempas pulas untuk mencapai martabat takwa. Allah berfirman:" Wahai org yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas org sebelum kamu, moga-moga kamu menjadi org bertakwa". Surah al-Baqarah.
    TAKWA. Perkataan bahasa Arab kemudian diambil menjadi bahasa Melayu merujuk kepada melakukan ketaatan dan meninggal maksiat. Itulah kesimpulan yang dibuat berdasarkan penerangan para ulama kita.
  Berkongsi nasihat seorang sahabat ketika tazkirah terawih, beliau berkata: bulan Ramadhan inilah kita dapat mengenal nafsu kita,kerana bulan ini syaitan  diikat..sebaliknya nafsu tidak. jadi kita dpat memperbetulkan nafsu kita jika ia  tak suka kepada kebaikan. Olahan daripada sy.

     'ramadhan Kareem': Ramadhan itu mulia. Mulia kerana terdapat pelbagai peluang  pahala dilipat ganda, tiada pada bulan - bulan lain.

    'Allahu Akram':  Allah lebih Muliah. Dialah yang memberi peluang kepada kita untuk menikmati bulan ramadhan kali ini. ada sahaja yang bertemu-Nya belum sempat bertemu bulan mulia ini.

Jadi marilah kiat beribadat, melakukan pelbagai kebaikan dalam bulan mulia ini. Mana tahu, kita tidak akan berjumpa dengannya pada tahun akan datang. Ayo!


Sunday, July 15, 2012

Assalamualaikum! Insha -Allah, blog ini akan kembali meriah!
Saya mempunyai sebuah laman blog: http://androidberkelana.blogspot.com/. Ha..pe yg 'spesel'  blog tu? Blog tu saya terjemahkan sejarah ketua Persatuan Ulama Muslimin Antarabangsa, Dr. Yusuf Al-Qaradawi. tajuk dalam Bahasa arab ialah: 'Ibnu Qaryah Wa Kuttab' (Memoir Dr. Yusuf Al-Qaradawi). So, kita bolehlah sama-sama mengambil pengajaran daripada kisah hidup beliau.
Adapun blog ni, lebih 'slumber dek' dan ikut gaya bahasa saya. Blog ini saya khususkan pasal diri saya dan  dan bla bla...

Jom! kita dengar syiar Imam Syafi'i: "Biarkan hari  melakukan apa sahaja". Selama ini kita lebih mengenali beliau melalui fekah. Namun, beliau juga merupakan ahli Bahasa Arab. Ye la, wajib pakar dan mahir dalam Bahasa Arab, beb.
Syair ini dipersembahkan oleh En. Hameed. Of course orang Arab. Enjoy!





Ini pula nasyid syair 'Adab Belajar', dikarang oleh Sheikh Abdullah Sufyan Al-Hakami.  Untuk pengetahuan korang, Sheikh Saad Al-Ghamidi  feat dengan 2 orang lagi dalam nasyid ini. Best!!



Ini pula syair  taubat sesorang  yang dikatakan telah membuat Imam Ahmad Bin Hanbal r.a menangis apabila mendengarnya. Penyair ini merintih, menyoal dirinya apakah persediaan dibuat untuk bertemu Allah, dirinya yang masih melakukan maksiat bakal disoal oleh Allah taala...


Semuanya dalam Bahasa Arab. Bukalah kamus @ gunakan google translate. Hihi. Macam B.I jgk. =)

Friday, November 4, 2011

PROMOSI HEBAT CUTI SEKOLAH!!

KELAS TUISYEN AL-QURAN & BAHASA ARAB CUTI SEKOLAH

“BELAJAR SAMBIL BERAMAL”

TERDAPAT 3 PILIHAN SEPERTI BERIKUT:

1. AL- QURAN

PAKEJ A

KELAS

YURAN

HAFALAN AL-QURAN

- SURAH PILIHAN/ JUZ AMMA DLL + PENGHAYATAN ISLAM

4 KALI SEBULAN

RM120



PAKEJ B

KEKERAPAN

YURAN

TAHSIN AL-QURAN (BACAAN +TAJWID)

4 KALI SEBULAN

RM 100


PAKEJ C

KEKERAPAN

YURAN

QIRAATI

4 KALI SEBULAN

RM 100

· BILANGAN PELAJAR YANG DISARANKAN: 1 – 6 ORANG SAHAJA UNTUK SETIAP PAKEJ.

· TEMPOH TUISYEN 1 JAM. 15 MINIT SELEPAS ITU (JIKA ADA) ADALAH PERCUMA.

· ANDA BOLEH MEMILIH MANA- MANA HARI DARIPADA ISNIN – KHAMIS. WAKTU TUISYEN BOLEH DIBINCANG SAMAADA PAGI, PETANG ATAU MALAM. TEMPAT TUISYEN DI RUMAH PELAJAR.

· UNTUK KAWASAN SEKITAR ALOR SETAR.




2. BAHASA ARAB

PAKEJ A

KELAS

YURAN

PERBUALAN BAHASA ARAB (ASAS)

4 KALI SEBULAN

RM 120


PAKEJ B

KELAS

YURAN

TATABAHASA ARAB @ NAHU (ASAS)

4 KALI SEBULAN

RM 120


PAKEJ C

KELAS

YURAN

ILMU SOROF BAHASA ARAB (ASAS)

4 KALI SEBULAN

RM 120

· BILANGAN PELAJAR YANG DISARANKAN: 1 – 6 ORANG SAHAJA UNTUK SETIAP PAKEJ.

· TEMPOH TUISYEN 1 JAM. 15 MINIT SELEPAS ITU (JIKA ADA) ADALAH PERCUMA.

· ANDA BOLEH MEMILIH MANA- MANA HARI DARIPADA ISNIN – KHAMIS.

· WAKTU TUISYEN BOLEH DIBINCANG SAMAADA PAGI, PETANG ATAU MALAM. TEMPAT TUISYEN DI RUMAH PELAJAR.

· UNTUK KAWASAN SEKITAR ALOR SETAR.



3. ALQURAN + BAHASA ARAB (PILIHAN PAKEJ A / B / C )

PAKEJ

KEKERAPAN

YURAN

HAFALAN + BAHASA ARAB (PAKEJ A/B/C)

4 KALI SEBULAN

RM 180

TAHSIN AL-QURAN + BAHASA ARAB (PAKEJ A/B/C)

4 KALI SEBULAN

RM 150

· BILANGAN PELAJAR YANG DISARANKAN: 1 – 6 ORANG SAHAJA UNTUK SETIAP PAKEJ.

· TEMPOH TUISYEN 1 JAM. 15 MINIT SELEPAS ITU (JIKA ADA) ADALAH PERCUMA.

· ANDA BOLEH MEMILIH MANA- MANA HARI DARIPADA ISNIN – KHAMIS.

· WAKTU TUISYEN BOLEH DIBINCANG SAMAADA PAGI, PETANG ATAU MALAM.TEMPAT TUISYEN DI RUMAH PELAJAR.

· UNTUK KAWASAN SEKITAR ALOR SETAR.

SILA SMS: 013 – 4183308 (USTAZ MUIZZUDDIN)

@

EMAIL: muizz1986@yahoo.com

Thursday, October 27, 2011

Program realiti tv?! what's up?

Gambar – gambar program realiti islamik di kaca tv.

Akademi Al Quran, Imam Muda, Ustazah Pilihan, Solehah merupakan program realiti tv berbentuk islamik yang popular sekarang. Ramai yang menyokong kewujudan program seperti ini. Namun tidak kurang juga tidak bersetuju. Masing-masing mempunyai alasan.

Setiap pendapat baik yang menyokong mahupun sebaliknya perlulah diterima dengan hati terbuka. Lebih ummmphh jika dikupas lebih mendalam melalui diskusi,usrah dan perbincangan. Moga tidak berulang kembali peristiwa seperti 'pencabulan kebebasan akademik' terhadap seorang pakar perlembagaan negara tempoh hari.

Ala kulli hal, posting ini lambat sedikit membicarakan program realiti islamik ni. Ramai sudah melontarkan pandangan. Program realiti pun sudah separuh jalan bahkan ada yang sudah tamat. Namun apabila ia muncul semula ketika diskusi bersama kenalan, teringin pula nak panjangkan dalam blog ini. Lagipun blog ni sudah lama tak update. Hehehehe.


EHEM –EHEM!

Jom kita lihat pandangan Islam terhadap sesuatu perkara yang hendak dilakukan:

الأَصل في الأشياء الإِبَاحَةَ

Hukum asal sesuatu perkara/urusan adalah harus (boleh dilakukan), selagimana ia tidak ditunjukkan kepada pengharamannya.

Contoh : makan ayam goreng adalah harus. Tetapi jika ayam tersebut dimakan banyak sekali menyebabkan kita mengalami masalah kesihatan maka hukum harus itu bertukar kepada hukum haram. Kenapa? Melanggar perintah allah melarang kita membinasakan diri kita.

Contoh lain: hukum main bola itu harus. Tetapi kalau kita bermain HINGGA meninggalkan solat dengan sengaja maka bermain bola tersebut menjadi haram. Sebab? Melanggar perintah wajib solat.




Soalan: Macamana pulak dengan program realiti islamik di tv tu?

Tanpa was - was: program tersebut boleh diwujudkan,dilaksanakan selagimana ia tidak melanggar syariat islam.

So bagaimana kita boleh tahu ia melanggar syariat islam @ tidak?

Jika kita perhatikan banyak kesalahan yang disebutkan di dalam Al-quran & hadith, ada yang tergolong dosa besar dan ada pula dosa kecil. Imam Az Zahabi menulis sebuah kitab yang bertajuk Al Kabaair (dosa-dosa besar). Buku ini boleh didapati di kedai buku .

Namun pada konteks program realiti,kita perlu tumpukan pada kesalahan- kesalahan yang paling serius ( jika dilakukan,mendapat azab di neraka) :

1. Program tersebut mengajak penonton melakukan maksiat seperti minum arak,zina, derhaka kepada ibubapa, menzalimi org ...

2. Mengajak mensyirikan Allah.

3. Menghalalkan apa yang diharamkan Islam.

4. Mempertikai, mengubah ajaran islam.

5. Menghina Allah dan para rasul.

6. Sentuhan dan percampuran antara lelaki dan perempuan asing dengan melanggar batasan syarak.

7. Sumber program daripada harta tidak patuh syariah( haram).

Jika terdapat salah satu di dalam program tersebut,maka jelaslah telah melanggar syariat Islam.

Jika tidak ada, maka program tu menepati tuntutan syariat Islam. Tontonilah tanpa was –was.




Realiti dakwah masakini: penyampaian agama Islam perlu dipelbagaikan.

Dewasa ini kita melihat maksiat dikreatifkan, dikembangkan kepada pelbagai bentuk. Contohnya pertandingan nyanyian. Tidak terhad kepada golongan belia malah merebak kepada golongan usia emas. Tidak terlepas juga kanak-kanak. Contoh? Selalu selalu la tgk tv...banyak sekali....

Dakwah pula dianggap sekadar di forum perdana, ceramah , usrah, di buku-buku..seolah-olah dakwah hanya disampaikan dengan cara-cara ini.


Bagaimana dakwah nak menandingi kepesatan maksiat zaman sekarang?

Sudah tentu dengan KREATIVITI kita untuk menyampaikan dakwah. Kreatif datang daripada kebijaksanaan. Bijaksana dalam berdakwah inilah yang disebut di dalam Al-Quran dgn perkataan Al Hikmah:

{ اُدْعُ إِلى سَبِيـلِ رَبِّكَ بِالحِكْمَةِ وَالمَوْعِظَةِ الحَسَنَةِ } سورة النحل. الآية 125

(Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat pengajaran yang baik). Surah An Nahl ayat 25.

Bentuk penyampaian Islam berubah mengikut peredaran masa, zaman dan golongan sasaran.yang tidak berubah hanya ajaran Islam; kekal hingga akhir zaman.




KATA MEREKA: PROGRAM REALITI ISLAMIK HANYA UNTUK MENCARI PUBLISITI,POPULARITI….

Mari kita bayangkan sejenak, jika kumpulan nasyid Rabbani,Hijjaz,Raihan,Saujana,Inteam dan Unic hanya bernasyid di dalam studio tanpa promosi, iklan,publisiti dan populariti. Adakah anda akan mengenali mereka hari ini?

Hatta iklan forum perdana sekalipun, gambar dan nama penceramah ditulis di kain rentang, diwar-warkan di dalam tv,radio,sms dan internet.

Semua ini perlu bagi memperkenalkan penceramah tersebut kepada orang ramai disamping menarik minat mereka untuk hadir.




NIAT

Apa kaitan dengan program realiti islamik? Ia bukanlah isu besar bagi mereka yang positive thinking. Namun, isu niat ini tetap dikatakan juga oleh mereka yang tidak setuju. Antaranya..masuk program nak cari peminat, nak pujian, nak tunjuk macho/cantik..macam – macam ada..

Ok, Niat tu bertempat di hati. Membawa maksud niat itu suatu yang tersembunyi, yang tak dapat dikesan. Oleh kerana itu islam tidak menghukum perkara yang tidak zahir seperti niat dan menyerahkannya kepada ALLAH untuk membalasnya.

Nah, bagaimana islam berkata tentang niat..menyediakan jalan keluar buat kita.

Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Amalan itu sah dengan niat. Sesungguhnya seseorang itu akan mendapat habuan berdasarkan niatnya. Sesiapa yang berhijrah dengan niat kerana ALLAH dan rasul-Nya, hijrahnyaditerima oleh ALLAH dan rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dicarinya(tidak kerana ALLAH), atau berhijrah kerana wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu menghasilkan sesuatu selaras dengan niat hijrahnya itu ( dia akan dapat apa yang dia niatkan).

Dipetik daripada buku terjemahan Riyadus Solihin, Imam An Nawawi, bab Ikhlas. Terbitan JAKIM (1986). Beserta sedikit perubahan kecil.

Sifirnya mudah jer. Seorang yang berniat ikhlas, dapat pahala di dunia,dapat syurga di akhirat.

Orang niat tak ikhlas, dapat apa yang dia mahu di dunia, kosong tangan di akhirat.

“Peserta yang masuk program islamik berniat untuk menjadi lebih baik, tauladan baik buat masyarakat kerana ALLAH, dia dapat pahala di dunia dan syurga di akhirat.

Yang masuk just nak pujian melambung – melambung, dapat duit, nak ramai peminat….tak ada sedikit pun niat kerana ALLAH, dapatlah apa yang dia nak(kat dunia la). Di akhiratZERO! KOSONG! Tak dapat apa-apa beb!”

Pemurahnya ALLAH! Semua pihak di dunia dapat apa yang mereka niatkan. Di akhirat pulaspecial untuk yang ikhlas sahaja. Heh…heh…heh..




PELIK BERGANDA-GANDA

Mengapa bila konsert nyanyian ditayangkan, senyap tanpa bantahan malah sokong dengan hantar afundi sana sini, sms penyanyi pujaan mereka..

Tiba –tiba apabila timbul program berbentuk islamik, keluar suara sumbang berkata "ala, nak popular la tu, cari publisiti" …agak malang jika berkata itu mereka yang belajar jurusan agama..

Apakah ini malapetaka pemikiran masyarakat kita hari ini? Begitu terbuka dengan budaya kuning namun negatif, pesimis terhadap program islamik. Nauzubillah.

Bukalah fikiran kita…bagaimana masyarakat dahagakan ilmu agama nak merujuk masalah mereka kepada para ilmuwan jika tidak diperkenalkan, dihebahkan melalui iklan, buah mulut, media dan lain-lain.

Adakah wajar hanya artis, pemain sukan, rockers,ahli politik menyinar dikalangan masyarakat, tapi golongan ilmuan terperosok jauh,tiada tempat buat mereka?

JAWAPANNYA? tiru Nabil Raja Lawak : “ lu fikirlah sendiri”.

ASSALAMUALAIKUM!


# macam biasa kritikan dan teguran membina, nasihat dan tunjuk ajar amat dialu-alukan. =).