Wednesday, February 24, 2010

BHGN: HADITH (1)/ KUL B.A(3)/ TERJEMAHAN/ DR. ABDUL HAMID `AYYAD/ DR INS

Oleh: DR. ABDUL HAMID `AYYAD, pensyarah subjek Hadith di kulliyyah Bahasa Arab tahun 3.
Teks hadith 1:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذ جاره. ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه. ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيراً أو ليصمت
(متفق عليه)

Terjemahan hadith: Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda:

" Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, janganlah dia menyakiti jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendak dia berkata baik atau dia diam."
riwayat Bukhari dan Muslim.

Syarah serta keterangan:

Sabda rasul saw: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, jangan dia menyakiti jirannya."

Maksud orang yang beriman di sini ialah : Orang yang beriman kepada Allah, para malaikat, kitab- kitabNya, para rasul, hari Akhirat serta Qadak dan Qadar. Beriman dengan semua yang wajib diimani.

Diringkaskan dengan hanya menyebut iman kepada Allah dan hari Akhirat; merupakan isyarat kepada asas aqidah dan tempat kembali manusia. Maksud hadith:
Sesiapa yang beriman kepada Allah; yang menciptanya,membentuknya,menjadikan telinga dan penglihatannya berfungsi; yang membalasi segala amalannya - baik dan buruk-, hendaklah dia melakukan perbuatan - perbuatan ini yang merupakan keperluan bagi iman yang sejati.

LAFAZ - LAFAZ HADITH YANG BERBEZA

Sabda nabi s.a.w: ".......maka janganlah dia menyakiti jirannya."

Disebut di dalam hadith yang diriwayatkan oleh أبو شريح العدوي dengan lafaz berbeza: "...hendaklah dia memuliakan jirannya." Begitu juga dengan hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah dari jalan yang lain:" ........hendaklah dia menyantuni( berbuat baik kepada) jirannya."


Semua riwayat - riwayat (lafaz - lafaz hadith yang berbeza) ini menyempurnakan makna satu riwayat dengan riwayat yang lain.

Riwayat-riwayat yang berbeza menunjukkan bahawa sebahagian perawi hadith menghafal hadith nabi s.a.w dan ia tidak dihafal oleh perawi lain.
Atau nabi s.a.w menyebut semua lafaz - lafaz yang berbeza ini pada peristiwa - peristiwa berbeza. Maka setiap perawi menghafal apa yang didengari.

Ibnu Hajar berkata di dalam kitab Fathu Al- Bari : Tafsir(penjelasan) memuliakan dan menyantuni jiran serta tidak menyakitinya disebut di dalam banyak hadith, diantaranya:
" Para sahabat bertanya: " Wahai rasulullah, apakah dia hak jiran ke atas jirannya?" Jawab baginda: " kau meminjamkannya jika dia meminta pinjaman, menziarahinya jika sakit, memberinya jika memerlukan, menyediakan untuknya jika tidak mampu (fakir), mengucapkan tahniah kepadanya apabila diberi kebaikan, menggembirakannya jika ditimpa musibah, mengikuti jenazahnya jika meninggal dunia, kau tidak meninggikan binaan sehingga ia menghalang angin sampai kepadanya kecuali dengan izinnya, serta tidak menggangunya dengan bau periukmu (bau masakan) kecuali memberikannya sedikit. Jika kau membeli buah, hadiakanlah( sedikit) kepadanya. Jika tidak, masukkannya ke rumah tanpa diketahuinya serta jangan biar anakmu membawanya keluar, agar anak jiranmu marah."

MEMULIAKAN TETAMU

Memuliakan tetamu terdiri daripada akhlak - akhlak mulia yang disuruh dan digalakkan oleh syariat para nabi termasuk syariat nabi Muhammad s.a.w dengan mengikat perbuatan memuliakan tetamu dengan iman. Syariat Islam menjadikan untuk tetamu hak ke atas tuan rumah sebagaimana hak jiran dan hak kekeluargaan.
Ungkapan orang awan di kampung( arab) :"Memuliakan tetamu sesuatu yang mudah: wajah ceria dan berkata lembut."

Para ulama berbeza pendapat pada melayan dan meraikan tetamu, adakah ianya wajib atau sunat? Terdapat 2 pendapat yang popular :

Pendapat pertama: Jumhur ulama mengatakan: melayan dan meraikan tetamu adalah sunnah muakkad( sunnah yang amat dituntut).

Pendapat kedua: Wajib melayan dan meraikan tetamu. ( Imam Ahmad)

Tempoh melayan tetamu sebanyak 3 hari. selepas itu, dia makan dan minum apa yang dimakan oleh tuan rumah.

BERKATA BAIK ATAU DIAM

Sabda nabi s.a.w: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia berkata baik atau dia diam."

Para ilmuwan bersepakat bahawa nasihat ini ( hadith di atas) daripada JAWAMI`U AL-KALIM nabi s.a.w.

JAWAMI`U AL-KALIM: Maknanya di dalam kamus arab ialah sedikit perkataan,mempunyai banyak maknanya.

# Mungkin sesuai diungkapkan di dalam Bahasa Melayu: ringkas ucapannya, padat isinya..wallahu `alam..betulkanlah jika ungkapan ini tidak sesuai( penterjemah)#

Mereka menerangkan bahawa semua perbualan samaada yang baik atau buruk. Setiap perbualan yang baik adalah perbualan yang di suruh oleh syariat samada ianya wajib atau sunat.

Selain daripada perbualan yang baik,atau yang membawa kepada keburukan, maka nabi saw menyuruh orang yang ingin berbuat sedemikian agar diam.

PENGAJARAN DARI HADITH INI

1. Melakukan perkara - perkara yang disebut di dalam hadith ini membawa kepada kesempurnaan iman.

2. Seorang muslim mestilah berkata -kata baik, jika tidak berkata baik,hendaklah dia mendiamkan diri ( daripada berkata - kata tidak elok).

3. Menjadi kemestian bagi orang Islam memuliakan jirannya serta menyantuni mereka.

4. Makna jiran diperbaharui seperti jiran ketika solat, di dalam kereta ,kapal terbang dan di jalan,berlainan pula dengan jiran tetap seperti jiran di sebelah rumah kita.

5. Kemestian memuliakan tetamu. Memuliakan mereka senang dan mudah serta menghidang yang terbaik kepada tetamu pada hari pertama berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w :
"Anugerah (layanan istimewa) sehari penuh."


# Segala teguran, komen dan pembetulan daripada pihak pembaca amat dialu - alukan dan amat dihargai.#

No comments:

Post a Comment