Friday, February 18, 2011

"Dahulukan urusanmu yang mustahak dan utama terlebih dahulu…murahkan tanganmu menghulur bantuan,nescaya murahlah pula rezekimu. Pastikan bantuan dihulurkan pada tempat yang betul,agar ia tumbuh mekar dan mengeluarkan buahnya.”

Inilah kesimpulan ringkas yang dapat disimpulkan daripada kata-kata hikmah Prof HAMKA:

“Segala sesuatu diletakkan di tempatnya, dahulukan yang lebih penting, kemudian yang kurang penting.”

Suatu usaha yang mulia, walaupun kecil, amat mahal harganya dan besar kesannya terhadap budi, asal diatur dengan jujur. Jangan lupa bahawa harta adalah pencapai maksud yang mulia. Dikumpulkan untuk tangga mempertinggikan budi, bukan untuk menghinakan dan merendaahkan orang lain. Ramai orang yang berharta kehilangan sahabat kerana sombongnya. Berganti dengan sahabat pengganti muka yang mengharapkan belas kasih. Orang ini sebetulnya bukan kaya, tetapi miskin. Sebab lupa hadis, bahawa yang menyebabkan sesorang kaya lantaran pertolongan orang – orang daif itu.

Selalulah beramal, berzakat dan menolong orang., kerana kita sendiri belum tentu akan terus seperti sekarang. Kita ini dahulu agaknya seperti mereka juga. Sukses ( peruntungan) yang menghantar kita kita ke atas, adalah keizinan Allah, sukses itu dapat dicabut-Nya pula. Berzakat untuk mensucikan batin daripada bakhil, berbuat baik dan derma sebagai wesel yang dikirimkan kepada tuhan. Supaya dibuat-Nya dan disediakan-Nya rumah mulia ( mahligai syurga) yang akan kita perolehi nanti.

Segeralah berbuat baik. Kerana perbuatan baik itu mententeramkan hati.

Rahsiakan kepada orang lain, kerana merahsiakan itu beerti menyatakannya.

Kecil-kecilkan, jagan dibesarkan-besarkan sebutannya. Kerana dengan mengecilkan itulah membesarkannya.

Letakkan sesuatu pada tempatnya, Kerana derma yang dihamburkan tidak pada tempatnya yang betul, tak ubah dengan menanam padi di bumi yang tiada subur, hilang lenyap ke dasar bumi, hasil tak ada badan pun payah.”

Dipetik daripada buku Lembaga Hidup, Perhiasan Insan gemilang oleh Prof. Dr. HAMKA.

No comments:

Post a Comment